Pages

Thursday, February 21, 2013

Salah buang buah zakar



London: Seorang lelaki menyaman hospital yang menyebabkan dia tidak lagi mampu mempunyai zuriat selepas pakar perubatan di situ tersalah membuang buah zakarnya.

Pengarah syarikat berusia 48 tahun itu berkata, dia mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Salisbury selepas disyaki mengalami kanser Katanya, dia menjalani pembedahan dengan harapan buah zakar yang bermasalah itu dapat dibuang.


“Bagaimanapun, 40 minit selepas pembedahan dijalankan, doktor menyedari mereka melakukan kesilapan kerana memotong buah zakar yang sihat,” katanya. Menurut sumber, buah zakar itu dibawa semula ke dewan pembedahan dan doktor cuba menyelamatkan keadaan tetapi gagal.

Lelaki terbabit yang berasal dari Wiltshire menuntut hospital membayar pampasan kepadanya atas kecuaian doktor mereka. Walaupun mempunyai anak daripada hubungan terdahulu, kesilapan itu menghalang lelaki terbabit mendapat zuriat.


Kata lelaki yang dirahsiakan identitinya itu, dia tertekan kerana tidak lagi mampu menjadi bapa. “Isu ini dikendalikan peguam saya,” katanya. Sementara itu, satu badan pemantau pesakit menggesa kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh atas insiden berkenaan. Jurucakap Rangkaian Pembabitan Wiltshire berkata, kejadian menimpa lelaki terbabit sangat tragik. “Adalah jelas siasatan perlu dijalankan oleh hospital bagi mengetahui bagaimana kesilapan ini berlaku.


“Dengan pembedahan ini, seseorang lelaki meletakkan sepenuh keyakinan mereka kepada hospital,” katanya. Badan yang mengendalikan hospital itu berkata, kejadian berkenaan sangat dikesali dan mereka meminta maaf kepada lelaki terbabit. - Daily Mail

Kapal mewah Abramovich berlabuh di New York




KAPAL mewah milik Abramovich berlabuh di dermaga 90 di New York kelmarin.


NEW YORK - Sebuah kapal mewah kepunyaan pemilik kelab bola sepak Chelsea di England, Roman Abramovich dari Rusia kelihatan berlabuh di sebuah pelabuhan di bandar raya New York kelmarin.
Pada minggu lalu, kapal berkenaan berlabuh dekat Manhattan di negeri New York.
Kapal mewah itu merupakan yang terbesar di dunia dengan panjangnya ialah 162.45 meter.
Ia berlabuh di dermaga 90 yang dikendalikan oleh pihak New York Cruise.
Kapal tersebut mempunyai dua buah kolam renang, dua buah tempat pendaratan helikopter dan sebuah kapal selam mini.
Sistem pertahanan peluru berpandu, tingkap kalis peluru di bilik suite Abramovich juga terdapat pada kapal tersebut yang bernama Eclipse.
Terdapat 24 buah kabin untuk tetamu dan kapal tersebut mempunyai 70 kru.
Kapal tersebut dibina oleh syarikat pembuat kapal, Blohm + Voss di Jerman.
Ia diserahkan kepada Abramovich pada Disember 2010 dengan harga hampir AS$1.5 bilion (RM4.64 bilion).
Kapal tersebut berada di Pelabuhan St. George di Bermuda pada 29 Januari lalu.
Ia tiba di New York pada 13 Februari lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2LTrtlXg7 
Hakcipta terpelihara 

Askar AS minum darah ular tedung



SEORANG askar marin Amerika Syarikat minum darah ular tedung di sebuah pangkalan tentera laut di Sattahip, Thailand semalam.


BANGKOK - Sejumlah anggota marin Amerika Syarikat (AS) meminum darah ular tedung dalam latihan ikhtiar hidup di sebuah pangkalan tentera laut di Sattahip, wilayah Chonburi, dekat Pattaya, selatan Thailand semalam.
Mereka juga diajar cara untuk membunuh ayam dengan menggunakan gigi semasa menggigit leher haiwan tersebut.
Askar-askar AS itu juga belajar cara untuk menangkap ular tedung.
Latihan yang dikenali sebagai Cobra Gold itu turut disertai oleh askar-askar Thailand, Singapura, Indonesia, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2LTsCrWka 
Hakcipta terpelihara 

Pekerja gunting rambut dengan mata tertutup




MAKSYUK menggunting rambut dengan matanya ditutup di salunnya di Sevastopol pada Isnin lalu.


SEVASTOPOL, Ukraine - Seorang pakar menggunting rambut, Oleg Maksyuk menggunakan dua bilah gunting semasa dia memotong rambut pelanggan wanita di sebuah salun di sini pada Isnin lalu.
Bagaimanapun, dia menggunting rambut dengan kedua-dua matanya ditutup dengan kain penutup mata berwarna gelap.
Maksyuk membuat kerja-kerja itu dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke salunnya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2LTrU6TDt 
Hakcipta terpelihara