China pengeksport senjata ketiga dunia
China menjadi negara Asia terbesar di dunia mengeksport senjata
STOCKHOLM - SWEDEN . China mendahului Jerman dan Perancis untuk menjadi pengeksport senjata ketiga di dunia selepas Amerika Syarikat dan Rusia, menurut badan pemikir yang berpangkalan di Stockholm, Sweden.

Laporan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) menyebut, jumlah perdagangan dunia bernilai berbilion dolar meningkat 16 peratus antara 2010 hingga 2014 dalam tempoh lima tahun lalu.

AS mendahului eksport global senjata konvensional dengan 31 peratus, diikuti Rusia di tempat kedua dengan 27 peratus.

Tiga pengeksport seterusnya berada jauh di belakang dengan kira-kira 5 peratus setiap satu, di mana China di tempat ketiga, Jerman keempat dan Perancis kelima.

Antara pengeksport tertinggi itu, jualan China mencatatkan 143 peratus sejak lima tahun lalu. - AFP