Menurut keluarga wanita yang tidak mahu namanya didedahkan, wanita itu terpaksa menanggung ‘kesakitan’ akibat ketumbuhan berkenaan hingga membuatkannya tidak boleh tidur apatah lagi untuk berjalan.
Anak lelakinya memberitahu media di Arab Saudi, tidak ada pihak yang boleh membantu atau menerangkan punca ketumbuhan itu.
“Ketumbuhan berkenaan bermula sejak beberapa tahun lalu dan keadaan terus bertambah buruk sejak itu.
“Kami percaya ketumbuhan itu diakibatkan oleh sekeping logam kecil yang tertusuk di daging di kakinya dan kekal di sana,’’ kata anaknya sebagaimana lapor Mail Online.
Wanita dari bandar Wadi Al Dawasir di tengah Arab Saudi di wilayah Riyadh itu difahamkan telah merujuk penyakitnya kepada beberapa buah hospital dan klinik.
Bagaimanapun anaknya mendakwa, tidak satupun institusi perubatan itu yang mampu menjelaskan jenis penyakit yang dialami ibunya.
Keluarganya yang kini terdesak merayu kepada orang ramai untuk membantu mengenal pasti penya­kit ibunya supaya dia dapat kembali hidup seperti orang lain.