NEW LANARK - BRITAIN . Pasangan suami isteri terkejut selepas mendapati sebuah kerusi terpakai yang dibeli dengan harga £5 (RM26) tersembunyi barang kemas bernilai  £5000 (RM26,143) di dalamnya.
Angela Milner Brown, 50 dan suami Angus 47, membeli kerusi berkenaan dalam satu jualan lelong 10 tahun lalu dan menyimpannya di loteng kediaman mereka.
Ketika mereka mengeluarkan semula kerusi tersebut untuk dibaiki, mereka menemui barang kemas tersembunyi di dalamnya.
Angela berkata, mereka membeli kerusi pada acara lelongan dengan harga £5 (RM26) beberapa tahun lalu.
"Ia kelihatan buruk dan kotor seperti 'anjing sering tidur' di kerusi berkenaan.
"Kami tidak mampu menukarkan alas pada kerusi itu pada masa itu, jadi suami saya menyimpannya di loteng kira-kira enam tahun," katanya dipetikn Mirror.uk
Katanya, selepas membaikinya, ia kelihatan cantik dan tidak pernah menjangkakan ada sesuatu tersembunyi di dalamnya.
"Beberapa tahun lalu, suami membuat kejutan dengan menghadiahkan cincin berlian sempena ulang tahun perkahwinan mereka dan sepasang anting-anting berlian dan kerongsang pada Hari Kekasih.
"Barangan kemas berkenaan dijumpai tersembunyi di dalam kerusi berkenaan dan saya sukar mempercayainya," ujarnya lagi.
Sementara itu, Angus berkata, dia menemui barang kemas berkenaan di dalam kerusi tersebut ketika mengeluarkan kusyen untuk diganti namun merahsiakan dari pengetahuan isterinya untuk membuat kejutan.
Berita penemuan itu diketahui umum selepas pasangan itu membawa barang kemas serta kerusia berkenaan untuk dinilai semula semasa Roadshow Antiques di New Lanark.
Menurut pasangan itu, selepas dinilai, barang kemas termasuk kerusi berkenaan berharga  £5000 (RM26,143)
"Ia adalah menakjubkan, penemuan yang indah untuk kami." kata Angela lagi.
Angela dan Angus memutuskan tidak akan menjual kerusi serta barang kemas berkenaan.